Sunday, February 8, 2015

Enemy

Sekali lagi, makhluk bermisai itu buat hal. Tak tahulah tuan dia bagi makan apa sampai muntah kat atas rak kat belakang rumah kami. Melampau!!! Bukan nak muntah dekat rumah tuan dia. Apa ingat rumah kami ni tempat membuang najis ke apa?

Pukul 9 pagi aku dah bangun. Berus gigi dan mandi. Lepas tu, makan bubur barli yang ibu buat semalam sebagai breakfast. Kesiankan? Hahaha. Sedang sibuk melantak...

"Hee...kucing ni muntah pulak dah!" ibu merungut kat belakang rumah.

Pintu belakang yang terbuka aku pandang. Ibu tengah berdiri di situ sambil bercekak pinggang. Aku berdongkol dalam hati. Geram! Kucing ni tak puas hati ke apa?

"Dia nak suruh kita kemas kat belakang tulah." kakak menyampuk sambil mengeluarkan barang-barang yang hendak dimasak nanti dari peti sejuk.

Memang belakang rumah kami agak berkecah. Tapi masih lagi tersusun. Tidak lama selepas itu, ibu suruh sidai baju. Aku menurut. Habis sidai, aku pergi ke belakang. Mataku tertancap pada benda kuning serta merah di atas rak tersebut.

"Bodoh! Ya Allah!" aku pejam mata. Menahan sabar ke atas makhluk yang takde akal itu. Terus aku masuk ke dalam rumah.

"Ikah, nanti tolong ibu cuci muntah tu ya?" pinta ibu.
Aku senyap.

Kami pun beroperasi. Ibu je yang banyak buat kerja berbanding aku. Aku hanya mampu menahan mual melihat benda berair itu. Tuan dia bagi makan apa ni sampai ada kesan cili pada muntah tu. Yarkk!!! Aku tahan selagi yang mampu. Mengalahkan kerja dekat kandang lembu rasanya.

Kakak tiba-tiba muncul dekat pintu belakang bersama periuk bertangkai di tangan.

"Bu, cuba rasa mash potato ni?" kakak mencolek sedikit lalu disua kepada ibu.

Aku masa tu berdiri memerhati mereka berdua.

"Ikah nak rasa?" tanya kakak pula kepadaku.

"Tak nak." jawabku datar.

Ibu seperti perasan dengan nada suaraku serta muka airku yang masam mencuka. Ada nak suruh aku makan lepas cuci muntah kucing? Memang tak seleralah jawabnya. Mood pun dah terbang ke lain. Sakit hati masih bersisa. Nak pula aku tengah bulan mengambang. Hormon tak stabil.

Aku sambung tolong ibu cuci longkang pula. Selesai mencuci, aku masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Duduk di meja makan sambil mendengar radio. Salah satu untuk menghilangkan tekanan iaitu dengar lagu yang diudarakan. Kepala ligat berfikir.

Adakah nanti aku akan membenci kucing? Anti kepada kucing? Tidak sudi memegang atau mengusap bulunya seperti selalu? Terlalu benci sehingga tidak mampu melupakan apa yang dah makhluk itu buat dekat rumah kami. Aku menghembus nafas perlahan. Dulu, aku berangan aku mahu memelihara kucing bila besar nanti. Tapi, melihat keadaan sekarang ni... simpan jelah hasrat itu. Tak payah jaga binatang. Senang cerita. Jaga baby lagi best.

Astaghfirullahal'azim....






Saturday, February 7, 2015

Makhluk

Siang malam kucing bergaduh tak henti-henti. Yang paling sakit hatinya, rumah kami yang jadi mangsa tempat makhluk berbulu itu saling bertelagah sampai terberak merata tempat.  Rumah lain takde pula dia nak kacau. Atas kereta pernah sekali kena dengan benda coklat tu. Lepas tu bawah kereta pula. Makhluk bermisai tu memang melampau. Nasib baik takde akal.

Lagi satu. Lebih kurang sebulan lepas. Entah mana datang kulit buah mata kucing merata-rata tempat. Seingat saya, selama sebulan tu takde pula beli buah mata kucing. Saudara mara datang pun tak bawa buah tangan mata kucing. Seriously? 

"Adalah tu, budak-budak baling kat dalam rumah kita." kata ibu sambil menyiram pokok.

Aku berdiri disebelahnya sambil merenung kulit buah mata kucing itu. Terus masuk ke dalam rumah. Malas nak kutip. Dalam hati menyumpah tak habis.

Last sekali. Aku memang tak puas hati. Dua minggu lepas, rumah takde air selama dua hari sebab diaorang ada baiki apa-apa sampai takde air. Redha jelah masa tu. Nasib baik ada air tangki. Itupun kena berjimat sikit. Dua hari tu juga pinggan mangkuk tak dibasuh. Baju kotor bertimbun di tepi mesin basuh.

Hari ketiga. Tiba-tiba ibu suruh saya check meter air kat luar rumah. Saya pun keluar pergi kat tepi pagar tu. Pusing kepala paip. Pastu pusing balik. Nampak meter bergerak perlahan. Aku masuk rumah.

"Ada bu?" soalku.
Ibu yang berdiri depan sinki cuba pusing kepala paip. 
"Tak."

Aku merengus lalu duduk depan tv. Ibu lalu depan aku untuk ke luar pagar. Tak sampai beberapa minit, ibu masuk balik ke dapur.

"Haa..kan ibu dah kata. Ada orang main meter air kita ni." beritahu ibu dari dapur.
Aku terus melangkah ke dapur. Terkejut melihat air di sinki dapur. Tanpa berlengah, aku membasuh pinggan yang tak terbasuh itu.

"Ada orang main ni." ibu tak habis lagi.

Aku dalam hati memang maki habis. Siapa punya kerja ni!? Tak bertamadun langsung! Manusia ceruk mana yang gembira sangat main meter air orang? Sakit hati tak payah cakap. Sepatutnya dua hari je takde air. Tiba-tiba pula rumah kitaorang je yang sampai tiga hari takde air. Sampai si kakak pun tumpang mandi dekat rumah mak saudara.

Kepala aku pun  mula fikir bukan-bukan. Kena santaulah, kena sihirlah, ada orang dengkilah, macam-macam! Padahal kami orang biasa je. Cukup-cukup makan je. Nak dengki pasai pa? Memang nak kena balasan tuhan betul!

Astaghfirullahal'azim...

Harap-harap keluarga kami dalam rahmatNya. Dilindung daripada buatan manusia, jin dan syaitan. Itulah doa abah setiap hari untuk kami sekeluarga. Amin...

Muzik

Siapa tak suka muzik?

Bagi saya, muzik adalah peneman.

Peneman apabila kita berperang di dapur.

Peneman apabila kita di dalam bilik air. Cth: menyanyi

Peneman sebelum kita dibuai mimpi.

Peneman apabila kita mengemas rumah.

Peneman apabila kita stres menghadap buku setebal dua inci.

Peneman apabila kita berjoging setelah lima bulan tak berjoging. Aha!

Hati pun perlu muzik juga. Kalau hati berasa gundah atau tidak tenang, hiburkannya dengan God's love letter. Pekakkan telinga dengan lagu Opick pun tak salah. Zikir munajat apatah lagi. Ia mengingatkan kita kepada Pencipta. Verily, in the remembrance of Allah do heart find peace. Allah mencipta bumi ini mesti ada fungsinya setiap satu. Bukan sia-sia. 

Saya saja yang masih belum meneroka setiap inci muka bumi ini kerana saya masih terperap dalam rumah lagi sementara menunggu matriks dan upu. Ahaks!

Air Mata

Lain orang mungkin lain kefahaman dia mengenai solat. Tapi bagi saya, solat itu lebih dari rasa tanggungjawab. Saya menunaikan solat kerana Allah...kasihkan Allah. Allah berhak ke atas kita. Dengan menunaikan solat, saya menunaikan hak kepada Allah. Terciptanya kita adalah tanda kasih sayang Allah maka saya berkasih sayang dengan Allah dengan menunaikan hak-Nya.

Bila kita menunaikan perintah-Nya dengan penuh perasaan cinta...maka lahirlah keikhlasan, terasalah kemanisan dalam beribadah, terungkaplah satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan...ditulis atau dilukis...kita menjadi seorang manusia yang tabah, sabar dan redha...tidak mengharapkan apa-apa, hanya kasih sayang-Nya. Tidak pernah merasa sedih, kecewa dan putus asa.

Bukannya kita tak pernah ada rasa dengki ataupun iri hati terhadap seseorang, semua perasaan tu tetap ada selagi bernama manusia. Ada nafsu dan perasaan tetapi jangan dilayan sangat. Kita yang menentukan keadaan diri kita. Sentiasa berfikiran positif, bergaul dengan orang positif, berada dalam keadaan positif, maka positiflah minda dan diri kita.

Muqadimah

Hobi suka judge orang tu bukanlah sesuatu yang perlu diuar-uarkan. Biarlah orang yang rapat or diri kita sendiri je yang tahu.

Kadang-kadang apa yang kita judge tu tak betul. Kita bukanlah tuhan mahupun alim ulamak.

Mahupun ahli sufi.

It's not a good habit kadang-kadang. Kita terlalu perhatikan orang sampai kita lupa untuk perhatikan diri sendiri. Semua orang tak sempurna malah semua orang bukannya maksum.

Lagi satu.

Jangan tunjukkan kebaikan yang kita buat.