Sekali lagi, makhluk bermisai itu buat hal. Tak tahulah tuan dia bagi makan apa sampai muntah kat atas rak kat belakang rumah kami. Melampau!!! Bukan nak muntah dekat rumah tuan dia. Apa ingat rumah kami ni tempat membuang najis ke apa?
Pukul 9 pagi aku dah bangun. Berus gigi dan mandi. Lepas tu, makan bubur barli yang ibu buat semalam sebagai breakfast. Kesiankan? Hahaha. Sedang sibuk melantak...
"Hee...kucing ni muntah pulak dah!" ibu merungut kat belakang rumah.
Pintu belakang yang terbuka aku pandang. Ibu tengah berdiri di situ sambil bercekak pinggang. Aku berdongkol dalam hati. Geram! Kucing ni tak puas hati ke apa?
"Dia nak suruh kita kemas kat belakang tulah." kakak menyampuk sambil mengeluarkan barang-barang yang hendak dimasak nanti dari peti sejuk.
Memang belakang rumah kami agak berkecah. Tapi masih lagi tersusun. Tidak lama selepas itu, ibu suruh sidai baju. Aku menurut. Habis sidai, aku pergi ke belakang. Mataku tertancap pada benda kuning serta merah di atas rak tersebut.
"Bodoh! Ya Allah!" aku pejam mata. Menahan sabar ke atas makhluk yang takde akal itu. Terus aku masuk ke dalam rumah.
"Ikah, nanti tolong ibu cuci muntah tu ya?" pinta ibu.
Aku senyap.
Kami pun beroperasi. Ibu je yang banyak buat kerja berbanding aku. Aku hanya mampu menahan mual melihat benda berair itu. Tuan dia bagi makan apa ni sampai ada kesan cili pada muntah tu. Yarkk!!! Aku tahan selagi yang mampu. Mengalahkan kerja dekat kandang lembu rasanya.
Kakak tiba-tiba muncul dekat pintu belakang bersama periuk bertangkai di tangan.
"Bu, cuba rasa mash potato ni?" kakak mencolek sedikit lalu disua kepada ibu.
Aku masa tu berdiri memerhati mereka berdua.
"Ikah nak rasa?" tanya kakak pula kepadaku.
"Tak nak." jawabku datar.
Ibu seperti perasan dengan nada suaraku serta muka airku yang masam mencuka. Ada nak suruh aku makan lepas cuci muntah kucing? Memang tak seleralah jawabnya. Mood pun dah terbang ke lain. Sakit hati masih bersisa. Nak pula aku tengah bulan mengambang. Hormon tak stabil.
Aku sambung tolong ibu cuci longkang pula. Selesai mencuci, aku masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Duduk di meja makan sambil mendengar radio. Salah satu untuk menghilangkan tekanan iaitu dengar lagu yang diudarakan. Kepala ligat berfikir.
Adakah nanti aku akan membenci kucing? Anti kepada kucing? Tidak sudi memegang atau mengusap bulunya seperti selalu? Terlalu benci sehingga tidak mampu melupakan apa yang dah makhluk itu buat dekat rumah kami. Aku menghembus nafas perlahan. Dulu, aku berangan aku mahu memelihara kucing bila besar nanti. Tapi, melihat keadaan sekarang ni... simpan jelah hasrat itu. Tak payah jaga binatang. Senang cerita. Jaga baby lagi best.
Astaghfirullahal'azim....
No comments:
Post a Comment